Alamat Persatuan Belia Kg Pulau Timbul

Persatuan Belia Kg Pulau Timbul
NO37,Kg Pulau Timbul,
Mk Jeram,Tunjang,
Jitra, Kedah Darulaman,
06000

Beliapulautimbul@yahoo.com

Wednesday, July 29, 2009

Kelab Pingpong Persatuan Belia Kg Pulau Timbul




Sukan Neka Dan Sukan Air Persatuan Belia Kg Pulau Timbul




Gotong Royong Menjayakan Sukan Air




Jamuan Makan Kat Kuala Perlis dengan Ahli Persatuan




Ceramah Perdana Anjuran Bersama Pejabat Adun dan JKKK(P)



Program meratyatkan seni dan budaya bersama pejabat ADUN Bukit Kayu Hitam dan KEKWA



Memancing ikan puyu anjuran bersama INTAN


Gambar Pertandingan memancing ikan puyu anjuran PBKPT



Monday, July 27, 2009

Minit Mesyuarat Yg Pertama

AGENDA MESYUARAT PENAJA PERSATUAN BELIA

…………………………………………………………………………………………………………….

Tarikh : 21 Januari 2009

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Pulau Timbul

1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat

2. Bacaan Doa

3. Pengumuman jumlah kehadiran ahli belia yang menyertai Persatuan

4. Pesanan Pengerusi Mesyuarat mengenai tatacara mensyuarat Persatuan mengikut Akta dan Pelembagaan Persatuan Belia

5. Pemilihan Jawatankuasa Penaja Persatuan Belia KG PULAU TIMBUL

i) Memilih pelantikan seorang Pengerusi

ii) Memilih seorang Timbalan Pengerusi

iii) Memilih seorang Setiausaha

iv) Memilih seorang Bendahari

v) Memilih tujuh orang AJK Penaja

6. Ucapan Pengerusi Penaja yang dilantik mengenai hala tuju persatuan dan Asas Pelembagaan yang ditetapkan oleh Pendaftar Persatuan Jabatan Belia dan Sukan Negara.

7. Membincang Undang-undang dan Peraturan Pelembagaan Persatuan Belia

i) Nama Persatuan Belia

ii) Alamat Surat mesyuarat

iii) Tujuan Penubuhan

iv) Logo dan Bendera Persatuan

v) Perkara berbangkit mengenai Persatuan

vi) Membentang Akta-Akta Pelembagaan dan Undang-Undang Persatuan Belia

8. Membincang dan mencadangkan pembukaan akaun kewangan Persatuan

9. Ucapan Penangguhan Mesyuarat

MINIT MESYUARAT PENAJA PERSATUAN BELIA

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

KALI PERTAMA

Tarikh : 21 Mac 2009

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Pulau Timbul

Kehadiran : 35 Orang

1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat

Ahli Belia yang hadir dalam Mensyuarat Penaja telah sebulat suara bersetuju melantik SAIFULNIZAM B MAHMUD sebagai Pengerusi Mesyuarat bagi mengendalikan penjalan mesyuarat penaja Persatuan Belia buat kali pertama ini.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli belia yang sudi hadir dalam perjumpaan pada pagi ini kerana golongan belia merupakan pemimpin masa depan Negara. Selain itu dengan tertubuhnya Persatuan Belia ini akan dapat membendung golongan belia dan beliawanis dari terjebak dalam perkara-perkara yang negatif.

Akhir kata, beliau menyeru kepada ahli-ahli belia supaya bersama-sama berganding bahu dan bersepakat dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Belia yang akan ditubuhkan nanti. Beliau juga berharap mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar serta teratur mengikut pelambagaan yang telah ditetapkan oleh Persatuan belia.

2. Bacaan Doa

Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ahli Persatuan Belia sendiri iaitu saudara

AMIROL B SALLEH

3. Pengumuman jumlah kehadiran ahli belia yang menyertai Persatuan

Saya SAIFULNIZAM B MAHMUD dengan rasa gembira dan yakin telah mengumumkan kehadiran ahli belia seramai 35 orang yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun. Dari 35 orang belia yang hadir, 10 orang daripadanya adalah dari kalangan beliawanis. Ini telah melepasi syarat untuk mengadakan mesyuarat iaitu sekurang-kurangnya 7 orang.

4. Pesanan Pengerusi Mesyuarat mengenai tatacara mensyuarat Persatuan mengikut Akta dan Pelembagaan Persatuan Belia.

Selaku Pengerusi Mesyuarat yang dilantik oleh ahli telah berpesan agar ahli Persatuan belia supaya menjaga tingkah laku dan tutur bicara dengan baik sewaktu mesyuarat dijalankan. Setiap ahli Persatuan Belia perlu menjaga etika mesyuarat iaitu sentiasa mendahului Pengerusi Mesyuarat setiap kali hendak berucap.

Beliau juga menyarankan agar proses pengundian untuk memilih Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia hendaklah tertib dan teratur di mana setiap cadangan dan sokongan perlulah menuebut nama diri terlebih dahulu sebelum proses penamaan calon dibangkitkan. Beliau juga berharap agar mesyuarat ini tidak menjadi medan pertikaman lidah sesama sendiri semasa proses pemilihan dijalankan.

5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Belia

KG PULAU TIMBUL

Atas pengesahan Pengerusi Mesyuarat pemilihan untuk pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja telah dijlankan seperti berikut:

i. Memilih pelantikan seorang Pengerusi

Saudara SAIFULNIZAM B HJ MAHMUD telah dicadangkan sebagai Pengerusi Penaja oleh;

Cadangan : YUSNIZAM B YAAKOB

Sokongan : AMIROL B SALLEH

Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Persatuan

ii. Memilih seorang Timbalan Pengerusi

Saudara YUSNIZAM B YAAKOB telah dicadangkan sebagai Timbalan Pengerusi oleh;

Cadangan : ROSMAWADI B OTHMAN

Sokongan : SHOROL B MD ALI

Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Persatuan

iii. Memilih seorang Setiausaha

Saudara YUSMALEZA BT MOHD YUSOF telah dicadangkan sebagai Setiausaha oleh;

Cadangan : MOHD HAZIM B ILYAS

Sokongan : SHAHRIZAL B HAMID

Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Persatuan

iv. Memilih seorang Bendahari

Saudara MOHD HAZIM B ILYAS telah dicadangkan sebagai Bendahari oleh;

Cadangan : SAIFULNIZAM B MAHMUD

Sokongan : MGT ZAMBRI B MGT HASSAN

Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Persatuan

v. Memilih tujuh orang AJK Penaja

Bagi tidak melengahkan masa Pengerusi Mesyuarat juga telah mempersetujui cadangan agar salah seorang ahli belia mencadangkan untuk 9 orang AJK Penaja dibuat secara serentak dan mendapat sesetujuan dari semua ahli belia yang hadir. Berikutan itu cadangan yang dibuat adalah seperti berikut;

1. ROSMAWADI B OTHMAN

2. RUSHIDI B OTHMAN

3. AMIROL B SALLEH

4. SHOROL B MD ALI

5. MGT ZAMBRI B MGT HASSAN

6. NOR IZAHAM B ZAINOL

7. SHAHRUL B YAAKOB

8. SHAHRIZAL B HAMID

9. AZURAINI BT OSMAN

Cadangan : SAIFULNIZAM B HJ MAHMUD

Sokongan : MGT ZAMBRI B MGT HASSAN

Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Persatuan

6. Ucapan Pengerusi Penaja yang dilantik mengenai hala tuju persatuan dan Asas Pelembagaan yang ditetapkan oleh Pendaftar Persatuan Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Selaku Pengerusi Penaja yang baru dilantik dengan penuh kepercayaan dan sokongan dari ahli belia telah berkesempatan untuk berucap sepatah dua kata tentang matlamat penubuhan belia di daerah Kubang Pasu. Berikut adalah ucapan serba ringkas dari Pengerusi Penaja Belia yang baru dilantik untuk memegang amanah yang diberikan oleh ahli Persatuan Belia.

i. Beliau mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir dalam menjayakan mesyuarat Penajaan Penubuhan Persatuan Belia.

ii. Belaiu juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli belia kerana sanggup bersusah payah untuk menubuhkan satu Persatuan Belia untuk belia setempat dan membuka peluang kepada semua ahli. Ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli yang menyertai Persatuan ini.

iii. Selaku Pengerusi Penaja yang dilantik beliau menyarankan supaya kita sebagai ahli belia perlu menjadikan Persatuan Belia ini segabai satu Persatuan yang kuat dan disegani serta dicontohi oleh pihak lain samada diperingkat cawangan, daerah, negeri mahupun peringkat Negara.

iv. Beliau juga menyarankan kepada ahli belia menyahut cabaran agar memperjuangkan hala tuju Persatuan supaya mencapai matlamat yang dipersetujui bersama. Atas dasar Negara dan pelembagaan beliau juga menperingati semua ahli supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sejahtera dengan tidak mudah terjebak dalam perkara-perkara yang bersifat nagatif terutama masalah social sekarang ini iaitu masalah penagihan dadah dikalangan golongan belia dan remaja.

v. Dikesempatan ini juga beliau megucapkan berbayank ribuan terima kasih kepada semua ahli belia kerana memberi sepenuh keercayaan kepada beliau untuk menerajui Persatuan Belia sebagaimana yang dikehendaki oleh semua ahli.

7. Membincang Undang-undang dan Peraturan Pelembagaan Persatuan Belia

vii) Nama Persatuan Belia

Atas kesepakatan dalam mesyuarat penaja, semua ahli dan barisan Ahli Jawatankuasa Penaja yang telah dilantik telah bersetuju untuk menamakan Persatuan ini dengan nama PERSATUAN BELIA KG PULAU TIMBUL Sebagai nama rasmi Persatuan Belia ini dan hendaklah didaftarkan dengan Jabatan Belia dan Sukan.

viii) Alamat Surat mesyuarat

Dalam mesyuarat ini juga semua hli belia yang hadir bersetuju untuk menjadikan alamat rumah Pengerusi Penaja sebagai alamat surat mensyuarat bagi Persatuan Belia KG PULAU TIMBUL Alamat seperti berikut:

NO37, KG PULAU TIMBUL, MK JERAM,

06000 JITRA,KEDAH DARULAMAN

ix) Tujuan Penubuhan.

Tujuan utama penubuhan Persatuan Belia

KG PULAU TIMBUL seperti terkandung dalam pelembagaan ialah;

i) Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsure dan nilai nagatif dikalangan ahli.

ii) Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain.

iii) Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat.

iv) Member peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan.

v) Menjalankkan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuhkan sumber kewangan Persatuan.

vi) Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia

x) Logo dan Bendera Persatuan

Dalam mesyuarat penaja ini semua ahli bersetuju menggunapakai logo dan bendera Persatuan Belia MAYC yang sedia ada, ini kerana Perubuhan Belia ini adalah cawangan Persatuan Belia tersebut.

xi) Perkara berbangkit mengenai Persatuan

Dalam mesyuarat penaja, semua ahli telah bersetuju supaya yuran keahlian ditetapkan sebanyak RM5.00 sahaja setiap permohonan baru dan kali pertama.

xii) Membentang Akta-Akta Pelembagaan dan Undang-Undang Persatuan Belia

Pengerusi mesyuarat telah menjemput Pengerusi Penaja, Saudara SAIFULNIZAM B HJ MAHMUD bagi membentangkan Akta-akta Pelembagaan Persatuan Belia dan undang-undang Persatuan Belia.

8. Membincang dan mencadangkan pembukaan akaun kewangan Persatuan

Ahli Jawatankuasa yang dilantik dan semua ahli Persatuan Belia telah bersetuju untuk membuka satu akaun kewangan Persatuan Belia KG PULAU TIMBUL di mana-mana Bank yang berdekatan. Akaun bank perlu didaftarkan atas tiga nama bagi jawatan dalam Persatuan Belia iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pengeluaran wang Persatuan perlu adanya tandatangan dua daripada tiga senarai tersebut.

9. Ucapan Penangguhan Mesyuarat

a) Pengerusi Penaja Saudara SAIFULNIZAM B HJ MAHMUD

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kejayaan mesyuarat penaja yang berjalan dengan lancar. Selaku pengerusi penaja beliau berjanji akan berusaha untuk mendaftarkan Persatuan Belia ini dengan secapat yang mungkin agar aktiviti Persatuan dapat dirancangkan. Selain itu, beliau juga berjanji akan memberikan komitmen yang terbaik dalam merancana perjalanan Persatuan agar mencapai matlamat untuk melahirkan generasi belia yang berwawasan.

10. Penangguhan Mesyuarat Penaja

Pengerusi Mesyuarat telah menangguhkan mesyuarat penaja Persatuan Belia KG PULAU TIMBUL pada jam 11.30 Malam

Disediakan oleh:

----------------------------------

( YUSMALIZA BT MOHD YUSOF)

Setiausaha Penaja

Persatuan Belia KG PULAU TIMBUL

Disahkan oleh:

-----------------------

(SAIFULNIZAM B HJ MAHMUD)

Pengerusi Penaja

Persatuan Belia KG PULAU TIMBUL